Wednesday 15 June 2011

Makluman

......MAKLUMAN.....


Assalamualaikum wbt

Kepada semua pengunjung blog hari beliawanis nasional ini...

Pihak penganjur ada makluman

Beberapa pertandingan telah dimansuhkan daripada Hari Beliawanis Nasional
           
Pertandingannya adalah

  • Squasy
  • Gubahan Buah
  • Kuiz Islami
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:

Ukhti Shahidah - shahid2107@yahoo.com.my

Harap Maklum
Sebarang kesulitan amat pihak kami kesali....

~Beliawanis Beragenda, Penggerak Kemajuan Ummah~

Syarat-Syarat Pertandingan Batu Seremban



SELAMBUT / BATU SEREMBAN  
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN SELAMBUT / BATU SEREMBAN
PERATURAN PERMAINAN
1.1 PESERTA
1.1.1  3 peserta perempuan bagi setiap negeri.
1.2 PERTANDINGAN
1.2.1 Perlawanan melibatkan sepuluh ( 10 ) bunga.
1.2.2 Bunga-bunga yang perlu diselesaikan oleh setiap peserta adalah seperti berikut :-
1.2.2.1   Bunga satu, satu, kanan
1.2.2.2 Bunga dua, dua, kanan
1.2.2.3 Bunga tiga, tiga, kanan
1.2.2.4 Bunga satu, satu, kiri
1.2.2.5 Bunga dua, dua, kiri
1.2.2.6 Bunga tiga, tiga, kiri
1.2.2.7 Bunga mengumpul satu-satu di tangan kiri atau sebaliknya
1.2.2.8 Bunga mengumpul dua-dua di tangan kiri atau sebaliknya
1.2.2.9 Bunga mengumpul tiga-tiga di tangan kiri atau sebaliknya
1.2.2.10 Bunga ‘gua’
1.3  CARA PERMAINAN
1.3.1 Bunga satu, satu, kanan
Peserta hendaklah melambung sebiji cakak ( pundi ), mengambil sebiji cakak di bawah dan disambut semula cakak yang dilambung bersamasama cakak yang diambil dengan menggunakan tangan kanan.  Ulang sehingga selesai. Timbang ketujuh-tujuh cakak dan kira bilangan cakak yang dapat disambut.

1.3.2 Bunga dua, dua, kanan
Peserta hendaklah melambung sebiji cakak, mengambil dua cakak di bawah dan disambut semula cakak yang dilambung bersama-sama cakak yang diambil dengan menggunakan tangan kanan. Ulang sehingga selesai. Timbang ketujuh-tujuh cakak dan kira bilangan cakak  yang dapat disambut.
1.3.3 Bunga tiga, tiga, kanan
Peserta hendaklah melambung sebiji cakak, mengambil tiga cakak di bawah dan disambut semula cakak yang dilambung bersama-sama cakak yang diambil dengan menggunakan tangan kanan. Ulang sehingga selesai. Timbang ketujuh-tujuh cakak dan kira bilangan cakak yang dapat disambut.
1.3.4 Bunga satu, satu, kiri
Peserta hendaklah melambung sebiji cakak, mengambil satu cakak di bawah dan disambut semula cakak yang dilambung bersama-sama cakak yang diambil dengan menggunakan tangan kiri. Ulang sehingga selesai. Timbang ketujuh-tujuh cakak dan kira bilangan cakak yang dapat disambut.
1.3.5 Bunga dua, dua, kiri
Peserta hendaklah melambung sebiji cakak, mengambil dua cakak di bawah dan disambut semula cakak yang dilambung bersama-sama cakak yang diambil dengan menggunakan tangan kiri. Ulang sehingga selesai. Timbang ketujuh-tujuh cakak dan kira bilangan cakak yang dapat disambut.
1.3.6 Bunga tiga, tiga, kiri
Peserta hendaklah melambung sebiji cakak, mengambil tiga cakak di bawah dan disambut semula cakak yang dilambung bersama-sama cakak yang diambil dengan menggunakan tangan kiri. Ulang sehingga selesai. Timbang ketujuh-tujuh cakak dan kira bilangan cakak yang dapat disambut.
Bunga mengumpul satu-satu di tangan kiri atau sebaliknya Peserta hendaklah melambung sebiji cakak, ambil sebiji cakak di bawah, letak di tangan kiri atau sebaliknya. Ambil cakak sehingga  habis. Sebiji cakak yang lebih hendaklah dilambung dan disambut dengan tangan yang telah berisi dengan enam biji cakak tadi. Timbang dengan tangan yang berisi dengan cakak. Bunga mengumpul dua-dua di tangan kiri atau sebaliknya Peserta hendaklah melambung sebiji cakak, ambil dua biji  cakak di bawah, letak di tangan kiri atau sebaliknya. Ambil cakak sehingga habis. Sebiji cakak yang lebih hendaklah dilambung dan disambut dengan tangan yang telah berisi dengan enam biji cakak tadi. Timbang dengan tangan yang berisi dengan cakak.
Bunga mengumpul tiga di tangan kiri atau sebaliknya Peserta hendaklah melambung sebiji cakak, ambil tiga biji cakak di bawah, letak di tangan kiri atau sebaliknya. Ambil cakak sehingga habis. Sebiji cakak yang lebih hendaklah dilambung dan disambut dengan tangan yang telah berisi dengan enam biji cakak tadi. Timbang dengan tangan yang berisi dengan cakak.
1.3.10 Bunga ‘gua’
Peserta hendaklah melambung sebiji cakak dan tolak keenam-enam biji cakak ke bawah tapak tangan kiri atau sebaliknya sambil menyambut cakak dengan tangan yang melambung. Angkat keenam-enam biji cakak, lambung sebiji cakak dan sambut dengan tangan yang berisi enam biji cakak tadi. Kemudian timbang dengan tangan yang berisi dengan cakak.
2.  UNDANG-UNDANG PERMAINAN
2.1 PERMAINAN / PERLAWANAN
2.1.1 Permainan / perlawanan yang berlangsung bergantung kepada bilangan pengadil yang          terlibat di dalam pertandingan sama ada diadili secara individu ( seorang pengadil seorang peserta ), berpasangan / berkelompok ( seorang pengadil dua @ tiga orang  peserta ).
2.1.2 Setiap perlawanan dijalankan secara serentak.
2.1.3 Semasa menimbang :-
2.1.3.1  buah yang berjaya disambut sahaja akan dikira mata.
2.1.3.2  sekiranya buah yang disambut tercicir, timbangan  dikira batal  dan hendaklah
meneruskan dengan bunga yang berikutnya.
2.2.4 Kemenangan dikira apabila pesera mengumpul timbangan terbanyak.
2.2.5 Kemenangan dasar dikira apabila ketiga-tiga peserta mengumpul mata terbanyak.
2.2.6 Sekiranya seri, timbangan sebanyak lima ( 5 ) kali dijalankan oleh peserta-peserta yang
          terlibat.

2.3  PENGADILAN
2.3.1 Setiap perlawanan akan diadili oleh seorang pengadil.
2.3.2 Semasa bermain, pengadil berhak menegur pemain-pemain yang tidak mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.
2.3.3 Pengadil akan memaklumkan kemenangan di akhir perlawanan.
2.3.4 Keputusan pengadil adalah muktamad.
2.4 LARANGAN
2.4.1 Peserta tidak dibenarkan menyentuh cakak-cakak yang tidak berkenaan semasa permainan dijalankan. Sekiranya tersentuh, bunga berkenaan dikira batal dan tidak boleh menimbang cakak. Hendaklah diteruskan dengan bunga yang seterusnya.
2.4.2 Sekiranya peserta gagal menyambut cakak semasa permainan dijalankan, bunga tersebut dikira batal, tidak boleh menimbang dan mesti meneruskan dengan bunga yang berikutnya. 

Monday 13 June 2011

Pengangkutan Awam

Pengangkutan Awam :
ERL(KLIA express) - ERL - Putrajaya Central - Bas Rapid KL ( U429) - Cyberjaya Transport Terminal - Cyberjaya Shuttle 1

Peserta perlu memberitahu pemandu bas hendak ke kelab komuniti cyberjaya (Peserta diminta untuk beritahu sebab pemandu akan assume pesrta tau nak turun kat mana)..

Petunjuk Arah: Dari MMU Cyberjaya - Jumpa trafic light pertama belok kanan - terus sampai hujung jalan, kemudian belok kiri - sampai di situ, akan ada papan tanda kelab komuniti cyberjaya untuk belok ke kanan.



Link schedule Bas Rapid & Cyberjaya Shuttle  http://www.cyberjaya.gov.my/ccp2/content/getting_around.php


Syarat-syarat Pertandingan Scrabble



Peraturan:
1.       Setiap permainan memerlukan paling minima 2 orang dan maksima 4 orang
2.       Objektf permainan adalah untuk mengumpul jumlah mata yang lebih tinggi dari pihak lawan.
3.       Jumlah mata dikumpul mengikut perkataan
4.       Pemenang dikira bagi yang memperolehi markah terkumpul yang paling tinggi


Saturday 11 June 2011

Syarat-Syarat Pertandingan Chess


Pertandingan Catur

1. FORMAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN
  1.  Setiap pemain hanya dibenarkan bermain sekali sahaja.
  2.  Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati. Perlawanan berjalan secara serentak.
  3. Setiap pemain akan diberi masa selama 1jam (menggunakan chess clock). Pemainakan dikira kalah samada di Checkmate atau kehabisan masa yang diberikan (1 jam).
  4. Pertukaran pemain tidak boleh dilakukan selepas susunan pemain-pemain telahditetapkan dan diserahkan kepada penganjur.
  5. Semua pertandingan diperingkat awal akan dijalankan secara kalah mati di mana terdapat dua kumpulan yang akan berlawan secara serentak manakala peserta lain menunggu giliran mereka.
  6. Pemenang bagi perlawanan peringkat pertama sahaja yang layak ke pusingan seterusnya dan bertemu secara menyilang dan kalah mati.
  7. Pemenang-pemenang bagi perlawanan tersebut layak ke pusingan akhir bagi menentukan johan dan naib johan 

2. CARA BERMAIN
  1.  Permainan menggunakan set catur dan chess clock yang disediakan oleh pihak penganjur.
  2. Penentuan permulaan set putih @ hitam kepada pemain akan ditentukan secara undian oleh pengadil. Pemain yang mendapat set putih akan memulakan permainan.

3. PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENANGAN
  1. Pemain dikira menang samada berjaya membuat ‘checkmate’ kepada pihak lawan atau pihak lawan kehabisan waktu yang diperutukan kepadanya selama 1 jam
  2. Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana  pasukan, jika pasukan lawannya melakukan kesalahan  seperti berikut:
    1. Menyenaraikan pemain yang tidak didaftarkan dalam mana-mana perlawanan seperti dinyatakan di atas.
    2. Gagal berada di gelanggang selepas lima (5) minit  perlawanan sepatutnya dimulakan seperti dinyatakan di atas. Tidak mahu meneruskan perlawanan.


4. PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN PERMAINAN
Pengadil boleh membatalkan permainan jika pemain berada dalam keadaan berikut :
  1. Merokok, makan atau minum
  2. Membuat bising atau mengganggu permainan pihak lawan.

5. ETIKA BERPAKAIAN.  
Semua pemain mestilah memakai pakaian sukan yang sesuai. Pakaian menjolok mata adalah dilarang sama sekali.

6. PENGADILAN  
  1. Pengadil mempunyai kuasa mutlak mendenda pemain tanpa sebarang amaran atau teguran.
  2. Sebarang perubahan terhadap perkara yang membatalkan permainan adalah terletak pada budi bicara pengadil
  3. Keputusan pengadil adalah muktamad
  4. Pengadil yang mengadili perlawanan adalah pengadil yang dilantik oleh urusetia pengelola.


7. BANTAHAN
Segala bantahan boleh dibuat dengan merujuk kepada Pengadil atau urusetia yang dilantik oleh pihak penganjur program ini.

Thursday 9 June 2011

Syarat-Syarat Pertandingan Congkak

Indoor Games 
( Congkak)

Cara-cara bermain
1)      Setiap lubang akan diisi dengan 7 biji guli
2)      Permulaan permainan akan dijalankan serentak
3)      Tiada had masa untuk satu permainan
4)      Permainan bermain secara tikam.
5)      Apabila peserta A sampai di lubang congkak yang kosong,peserta A boleh menikam guli yang bertentangan dengan lubang yang kosong.
6)      Permainan dijalankan sebanyak 3 kali pusingan
7)      Pemenang dikira berdasarkan jumlah guli yang diperolehi
8)      Pemenang keseluruhan adalah peserta yang menang sebanyak 3 atau 2 kali pusingan

Syarat –syarat permainan
1)      Terbuka kepada semua peringkat umur
2)      Permainan adalah kalah mati

 Disediakan oleh,
Mislianti bt Mislan

Wednesday 8 June 2011

Tentatif

Tentatif Program Hari Beliawanis Nasional
7.30  – 9.00 am          : Pendaftaran peserta
9.00  – 9.30 am          : Ucapan Perasmian oleh Puan Nor Hasni Hayati,
  Naib Presiden 2, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)
9.30   – 12.45 am       : Pertandingan/ Aktiviti Bermula
                                    - Pidato Muslimah
                                    - Forum Wanita: Ikon Beliawanis
                                    - Kuiz Islami dan pengetahuan am
12.45 – 2.00   pm      : Rehat dan makan tengahari
2.00   – 5.30   pm      :Pertandingan/ Aktiviti disambung semula (pertandingan dilangsungkan secara serentak)
                                    - Persembahan Senamrobik Islami
                                    - Pertandingan Skuasy
                                    - Pertandingan Ping Pong
                                    - Pertandingan Scrabble
                                    - Pertandingan Badminton
                                    - Pertandingan Catur
                                    - Pertandingan Congkak
                                    - Pertandingan Batu Seremban
                                    - Pertandingan gubahan buah-buahan
5.00   – 5.30   pm       : Upacara penutupan, persembahan nasyid dan penyampaian hadiah